Latar belakang Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022

Pilihan raya

Pilihan raya umum Malaysia 2022 ialah sebuah pilihan raya mengejut yang diadakan pada 19 November 2022 yang dianjurkan selepas Parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah atas hajat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober. Dalam keputusan rasmi, tiada gabungan parti yang membentuk majoriti— sekurang-kurangnya 112 kerusi, mencetuskan situasi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia.[2] Pakatan Harapan (PH) memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) tidak jauh ketinggalan dengan penguasaan kuat di kawasan utara negara, terutamanya dengan dominasi penuh di Perlis, Kelantan dan Terengganu.[3] Barisan Nasional dengan 30 kerusi, memperoleh kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula memperoleh dominasi ketara di Sarawak. Gabungan serta parti lain yang menang termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan di Sabah, dan beberapa parti skala kecil, termasuk calon-calon bebas.

Rujukan

WikiPedia: Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022 https://www.astroawani.com/berita-politik/pasca-pr... https://www.astroawani.com/berita-politik/pasca-pr... https://www.astroawani.com/berita-politik/perbinca... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-ak... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-an... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-pa... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-ti... https://pru15.bernama.com/news-bm.php?id=2141776 https://www.channelnewsasia.com/asia/malaysia-elec... https://edition.cnn.com/2022/11/18/asia/malaysia-1...